Assalamualaikum waalaikumussalam wabbarakatuh sekali lagi untuk malam ini.
Apa khabar rakan-rakanku sekalian malam ini? Harap semuanya sihat-sihat belaka.
*****
LETS STRAIGHT TO THE POINT
Aku ingat lagi pada semester yang lepas. Kami telah ditempatkan di Hospital Serian. Walaupun penempatan itu agak singkat namun sedikit sebanyak mengajarku untuk menghargai erti sebuah kesihatan. Astaghfirullahalazim. Jangankan katakan bersyukur,kadang-kadang aku lupa untuk menyedari bahawa semua kesenangan ini adalah nikmat daripadaNya yang maha kuasa. Tidak pernah ku terbayang apa akan jadi jika semua ini ditarik dan kelak tiada bezanya aku dengan yang merawat dan dirawat.
Setiap hari sepanjang penempatan,aku melihat pelbagai karenah manusia. Dan kata-kata lecturer benar-benar terkena di hatiku apabila melihat suasana sebegitu. Dalam keadaan sebegitu,jangankan mengharap senyuman kita dibalas. Kadang-kadang perkataan yang lembut juga disalahanggap.
"if you think you are stress enough,first please try to put yourself in their shoes. than you'll realise you are dealing with the people who has a lot of problem compare to yours. so learn to be a sincere person. by then,you will learn that life isn't as easy as it seen"
Ya,benar. Sangat senang untuk memberi nasihat namun apakah perasaan kita apabila berada di tempat mereka? Jangankan untuk menerima nasihat itu,mungkin kita sendiri pun akan melenting apabila melihat keadaan ahli keluarga kita tidak beransur baik walaupun telah banyak ubatan dan rawatan yang dibuat. Kadang-kadang aku terfikir,arhhhh betapa hipokritnya aku untuk berpura menasihati mereka untuk bertenang sedangkan aku sendiri juga akan melakukan perkara yang sama jika aku di tempat mereka.
Aku masih ingat lagi bagaimana seorang ibu mengherdik doktor senior yang merawat anaknya yang menghidap penyakit Akut Pankreatitis. Habis satu wad dengar jeritan si ibu. Segala kata-kata makian yang singgah atas nama doktor itu menjadikan telingaku yang mendengar juga terasa panas. Dan si doktor yang dimaki pasti merasa malu yang amat sangat. Bukan kami tidak berusaha namun selagi mana tarikh pembedahan untuk anaknya belum tiba,prosedur pembedahan tidak dapat dijalankan. Kami pun tidak mampu untuk mempercepatkan pembedahan kerana masih ramai lagi barisan pesakit yang berbaris dalam menunggu giliran untuk dibedah. Namun aku tabahkan hati. Mencuba untuk bersangka baik pada diri si ibu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku menyampuk kata-kata si ibu. Tapi aku tahu dalam keadaan sebegitu meninggikan suara hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Dan si doktor masih lagi mendiamkan diri dan masih setia mendengar cacian dan makian si ibu. walau seberapa hebat mana pun kata makian si ibu,si doktor masih mampu tersenyum dan menerangkan segala apa yang si ibu perlu tahu tanpa menggunakan sebarang kata kesat. Dan ya aku yg berada di situ sangat terkejut dengan tindak balas si doktor kepada si ibu. Si ibu sudah puas memakinya,namun si doktor masih mampu bertenang dan tersenyum.
Kejadian itu membuatkan hatiku tertanya-tanya dari mana si doktor mendapatkan kekuatan untuk tersenyum tatkala di masa dia perlu untuk melenting. Dan ya aku yang memang tidak bersabar cepat-cepat menemui si doktor tadi selepas sahaja dia selesai melakukan pantauan di wad.
Aku ajukan pelbagai jenis soalan kepada beliau dan sperti tadi dia masih lagi dengan senyumannya. Lama aku menanti dia menjawap dan akhirnya cuma satu ayat yang keluar dari mulutnya. Dan ayat itu tiada bezanya dengan apa yang pernah diperkatakan oleh lecturer ku dahulu.
"Tempatkan dirimu pada tempat mereka,dan kau akan tahu bahawa kau bukanlah satu-satunya manusia yang tertekan di dunia ini. Dia bertindak begitu bukan kerana keinginnanya sendiri tapi lantaran dari tekanan dari masalah yang dihadapinya. So sebelum kita mengharapkan mereka memahami kita,apa kata kita memahami mereka terlebih dahulu."
Sungguh,aku sangat terpaku dengan jawapan itu dan ternyata dari kejadian sekecil itu aku mempelajari banyak perkara.
1) Kita kerap kali mengharapkan orang memahami kita,sedangkan kita sendiri tidak mencuba untuk memahami mereka
2) Kita kerapkali menyalahkan mereka kerana menjadi penyebab kepada masalah kita,sedangkan kita tidak sedar masalah itu datang dari diri kita sendiri
3) Kita suka melihat kelemahan orang tanpa melihat apa kelebihan di sebalik seseorang itu. Kita menganggap kita yang terbaik sedangkan kita tidak sedar kita tiada bezanya dengan mereka. MANUSIA BIASA.
4) Kita suka menyalahkan persekitaran sedangkan kita tidak sedar sepatutnya bukan persekitaran yang mengawal kita,tapi kita yang mengawal persekitaran
5) Kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Kita seringkali mengharapkan kita memliki apa yang orang lain ada sedangkan kita tidak sedar apa yang kita miliki sekarang adalah yang terbaik dan juga menjadi idaman ramai orang.
Disebabkan kejadian itu...
Bermula hari itu,aku cuba membuka mata. Tidak semua perkara berlaku sepertimana yang kita inginkan. Tapi insyaAllah kita boleh bergerak seiring dengan perkara tersebut dengan cara yang kita inginkan. Tidak mudah tapi tidak susah. Semuanya perlu bermula dari dalam diri sendiri. Jadikanlah diri anda positif dan insyaAllah persekitaran anda pun akan jadi positif juga.
Oleh itu,ayuh mulakan perubahan. Tidak perlu mendadak. Perlahan-lahan tapi istiqamah itu jauh lebih baik.
Dan aku? Aku masih dalam proses untuk memperbaiki diri. InsyaAllah,doakan aku agar mampu menjadi setabah si doktor tadi kerana dalam keadaan sebegitu iman yang tersemai kukuh sebelum ini pun boleh rapuh kalau tiada daya ketahanan diri yang tinggi.
Dengan itu aku mendoakan kita dapat menjadi manusia yang mampu memahami keadaan orang lain kerana semua manusia diciptakan sama,penuh dengan kelemahan dan ketidaksempurnaan. Tapi dengan ketidaksempurnaan itulah tidak mustahil untuk kita mencipta satu gaulan kesempurnaan.
Akhir kalam,jaga diri,jaga hati,jaga iman.
Assalamualaikum warahmatullahi wabbarakatuh.



.jpg)




