roomate sy masih berjaga lagi sebab tu la saya pun belum terdorong nak tidur. katil pun masih belum memanggil so conclusionnya kita online la dulu ye...hehehe..
tiada tajuk spesifik yang hendak diperkatakan malam ini. lagipun sy memang tak pandai nak berkata2 pun. spm dulu pun bm dpt cukup2 makan ja. tp alhamdulillah lulus. :)
okay jom cerita pasal hari ini..
seperti hari2 kebiasaan,rutin seharian sy sentiasa sama. pagi hingga petang di kelas dan malamnya di bilik. tak ada yang berubah semenjak tahun pertama sy sampai ke sini. Alhamdulillah..Allah masih menjaga sy smpi sekarang. walaupun ramai org kata hidup di perantauan,jauh dari keluarga mampu mendorong seseorang utk berubah namun alhamdulillah sy masih sharifah yang dulu. tiada yang berubah pun. cuma mungkin kenakalan tu masih tetap sama la..hahaha..
sy tertarik dengan apa yang diperkatakan lecturer di dalam kelas petang td. tentang berita 'Suara pelik yang kedengaran di langit samarahan'..kejadian tu dah berlalu beberpa hari dah dan baru sekarang sy taw. kesiannya sy ketinggalan zaman,kan? hahaa.. mula2 tu memang tak percaya tapi bila search kat google baru nampak. wallahualam apa benda tu sebenarnya tapi cukuplah kita meyakini Allah itu sentiasa melihat..dan setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. sy terbaca di blog seorang hamba Allah yang katanya suara pelik tu telah kedengaran di luar negara sebelum ianya berlaku di Malaysia..dan lagi dia kata sejurus selepas kejadian tu berlaku kat samarahan,berlaku pula gempa bumi 7.3 skala ritcher di Indonesia.. Allah..apakah tanda semua ne?
wallahualam..kita tidak pasti juga perkara itu apa tapi yang pasti itu adalah salah satu peringatan dari Allah. usah bicara tentang kiamat,tapi bicaralah akan ajal yang sentiasa dekat.
takut? smakin kita takut semakin itulah kita perlu mendekatkan diri denganNya..bukan lari. kita nak lari ke mana kalau semua apa yang ada di langit dan bumi dan seluruh alam semesta ini adalah milikNya? tak usah lari. tapi dekatkanlah diri kerana Allah tu sentiasa dekat. Allah tu juga sangat pemaaf,Dia stiasa memaafkan kita walau bagaimana hebat pun dosa yang kita lakukan. tidak percaya? jom bca petikan ayat al-Quran ne..
Surah AzZumar. Ayat 053. ![]() Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
tak percaya lagi?percayalah..Allah tu sentiasa ingat kita..kita ja yang selalu lupa padaNya. tapi walaupun kita lupa pada Dia,Allah tak pernah pun merajuk dengan kita. malah Dia tetap mecintai kita dan terus menerus memberikan kita nikmat kehidupan yang tak terhingga banyaknya. apa nikmat tu? SEMUANYA. oksigen yang kita sedut sekarang ini utk bernafas. kesihatan tubuh badan yang menjadikan kita mampu utk bergerak normal. dan macam2 lagi. pernahkah kita bersyukur atas semuatu?wallahualam. tepuk dada tanya iman.
so jom kita sama2 bermuhasabah diri. hidup ne sangat indah tapi syurga itu jauh lebih indah. dan Allah sukakan orang2 yang bertaubat. kalau sebelum ini kita banyak terjerumus dalam perkara2 yang melampaui batas,sekarang ini tiba masanya utk kita berubah.
TERLAMBAT? tiada yang terlambat selagi mana ajal belum di kerongkong dan pintu taubat masih terbuka. tidak apa kalau kita pernah tersungkur selepas menempuh jalan perubahan. bila tersungkur bangkit semula dan mulakan langkah yang baru. kegagaln itu salah satu cara utk Allah mendidik kita menjadi orang yang lebih kuat. jangan risau,Allah tu sentiasa melihat hamba2Nya..usah risaukan samada kita berjaya atau tidak kerana usaha itu jauh lebih penting..insyaAllah dengan semangat yang tinggi dan keikhlasan yg tggi pada Allah,kita akan mendapat nikmat iman itu kelak. INSYAALLAH. :)
so itu sajalah utk post kali ne. lagipun roomate sy semuanya dah tidur. saya lg yg masih berjaga. hehe. bukan takutlah..tapi nak pastikan badan dapat rehat yang cukup. hehe..okaylah para sahabat sekalian,saya undur diri dulu. jaga diri baik2. jaga hati. jaga iman. ingatlah Allah tu sentiasa bersama kita. akhir kalam Assalamualaikum warrahmatulahi wabbarakatuh.
CHALO BETE. :)




No comments:
Post a Comment