***iklan 10 minit
BERTEMU KEMBALI.
So,macamana? Dah solat dah? Alhamdulillah. Macam tu la baru best. Tiadalah rasa dikejar-kejar masa nanti. Lagi pula,saya tak mahulah gara-gara blog ni nanti ada orang free-free dapat dosa. Nanti Allah tanya kang kat akhirat,saya pun kena juga. So kita sama-samalah mengingati ye.
"Uruskan urusanmu dengan Allah terlebih dahulu,dan Allah akan menguruskan semua urusanmu selepas itu."
Okay,straight to the point.
ADAKAH ANDA PERNAH MENGALAMI INSOMNIA?
Siapa yang tak pernah tu,angkat tangan sikit,cek nak tengok siapa yang menipu tak jadi tu. Mestilah semua pernah kan? Tipulah tak pernah. Okay,so apa yang perlu kita buat kalau kita diserang oleh penyakit 'BURUNG HANTU' tu? Ada idea? Okay,mai sini cek nak habak mai cara-cara dia. Kalau nak ikut,ikut. Tak nak ikut,tak apa.
1) Pergi Mandi
- Aik? Awat plak nak suruh mandi ne? Kang tak pasal-pasal ada mata orang yang lebam sebab segar sangat tak dapat tidur. Dok eh. Salah tu. Memang betul mandi tu mencergaskan badan. Tapi apa yang cek nak cakap ne,mandi dalam tab mandi. Berendam dalam tu lama-lama. Kira-kira 20minit macam tu. Jangan keluak-keluak. Konpom tak lama lepas tu memang ada yang tertidur punya. Tapi janganlah lupa tutup paip plak,kang tak pasal-pasal ada orang lemas dalam tab mandi tu nanti.
2) Makan banyak-banyak
- Yang ini cek pasti ramai yang sokong. Yalah. Apa taknya. Perut yang penuh akan menjadikan badan kita malas. So conclusionnya kalau nak tidur,makanlah banyak-banyak. Asal tak makan hati dan anginlah. Kalau benda tu yang ditelan banyak-banyak tak pasal kembung perut nanti. Nanti siapa yang disalahkan? Cek juga.
3) Buka buku sejarah
- Kalau yang ini cek tak pastilah berjaya ke tak kat hampa. Tapi kalau cek memang konpom berjaya punyalah. Sebab tulah masa SPM dulu cek memang minat sangat subjek sejarah ni. Pasai pa? Pasai subjek ni lah yang menyelamatkan cek bila cek tak dapat tidur. Sampai ibu cek sangka cek minat gila subjek ne. Apa tidaknya? Asal tidur mesti cek bawak buku sejarah sekali. Tu pasal ibu cek sangka anak dia ni gila sejarah. Padahal bukan sejarah yang diminat sebenarnya. Tapi isi sejarah tu yang buat mengantuk yang cek suka.
ERRMMMMM..Apa lagi? Cek pasti memang banyak lagi cara-cara dia. Tapi sat lagilah noh cek sambung. Sebab sekarang ni pun cek dah nak masuk kerja balik. Alaaa..paham-paham jela kerja kuli ni. Kena datang awal. Nanti boss potong gaji. Kesian cek nanti kebulur takda duit nak makan.
Oklah begini begitu,cek cau dulu. Hampa semua jaga diri elok2. Jangan duk nakai nak mengurat anak mamu kat depan rumah nun.
Apa-apapun yang baik datang dari Allah,yang salah tu datang dari diri cek sendiri.
ASSALAMUALAIKUM.

No comments:
Post a Comment